Motivasi untuk berjaya

Posted by Admin | Motivasi | Saturday 29 August 2009 11:37 pm

pp305801.Sikap

Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan, ialah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang.

Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu lakukan, jika anda mahukan kejayaan.


Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja – apa juga yang anda buat, anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif. Jika anda bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiran positif dan berkata kepada diri anda sendiri “ ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini”.


Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.


Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan anda untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas meja anda, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis “SIKAP”. Apabila anda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa tidak berfikiran positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang anda lakukan.


Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “Saya mahu menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat kerja yang saya suka !”. Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa perbezaannya.

2. Ambil tindakan

motivationtraining


Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea bisnes yang baik,

mereka memberitahu kepada kawan-kawan tentang bisnes yang hendak dimulakan, kawan-kawan menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka beritahu kepada beberapa orang lain sehing

galah menjadi senyap begitu sahaja.


Jika anda mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi anda perlu membuat tindak

an. Kemudian apabila anda sudah mula melakukan sesuatu, anda perlu mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.

Jika anda mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah lama anda fikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya – BUAT SAHAJA.

Saya mempunyai ramai sahabat yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea-idea bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh saya melakukan bisnes tersebut. Saya boleh menolong mereka, beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90% daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika anda tidak membuat tindakan, anda menafikan hak anda untuk satu kejayaan.


3. Tukar Bagaimana Anda Diprogramkan


Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu terfikir seperti yang selalu diberitahu oleh orang-orang dewasa bahwa “ belajar pandai-pandai dan dapatkan kerja yang baik”. Harap anda jangan tersalah anggap, saya fikir apabila kita disekolah kita perlu belajar apa yang perlu kemudian buka bisnes anda sendiri!


80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes sendiri. Mungkin anda sudah sedia maklum, jika anda benar-benar mahukan kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.


Sudah tentu bisnes sendiri harus menanggung risiko, dan boleh mengurangkan risiko tersebut dengan memulakannya secara sambilan, dan gunakan teknik yang saya tunjukkkan dengan modal

yang kecil, tetapi ganjarannya amat banyak dan menguntungkan.

4. Tuliskan Apa Yang Anda Fikirkan


Saya tidak kisah berapa baik memori yang anda ada, tetapi mengapa perlu dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang penting? Tuliskan perkara yang ada difikiran anda menolong melegakan otak anda yang sarat dengan maklumat. Apabila anda menulisnya anda tidak perlu takut jika terlupa pada masa yang diperlukan.

Jika anda mempunyai idea – tuliskan.

Jika anda mempunyai masalah – tuliskan.


Apabila anda menulis sesuatu masalah, anda akan dapati bahawa anda boleh berfikir dengan lebih jelas, dan satu masa nanti perkara tersebut dapat diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika anda mula menggunakannya, anda pasti akan lihat perbezaannya kelak.

5. Tetapkan matlamat dan impian


ambitionJika anda tidak mempunyai sasaran, anda tidak akan dapat apa-apa. Anda mesti mempunyai matlamat, anda perlu tahu kemana destinasi anda, berusaha untuk mencapainya dan sentiasa ingat akan impian anda. Saya berjumpa dengan ramai orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini yang berkata “impian aku ialah untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun” tetapi apabila anda tanyakan bagaimana untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja.


Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang, kemudian anda perlu berusaha untukmencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan seminggu.

Kuasa Berfikir

Posted by Admin | Motivasi | Saturday 29 August 2009 11:16 pm

positivethinkingWang yang lebih banyak jarang menyelesaikan masalah wang yang dialami oleh seseorang. Kebijaksanaanlah yang menyelesaikan masalah. Ada pepatah yang diucapkan oleh seorang rakan saya berulang kali kepada mereka yang berhutang.

“Jika kamu mendapati diri kamu berada dalam satu lubang… berhentilah menggali.”

Orang miskin dan kelas menengah hampir selalu membiarkan kuasa wang menguasai mereka. Hanya dengan bangun pagi dan bekerja lebih keras, tanpa bertanyakan diri mereka apakah yang mereka lakukan itu boleh diterima atau tidak, mereka sama seperti menembak kaki sendiri ketika mereka berangkat setiap pagi. Dengan tidak memahami sepenuhnya wang, begitu banyak orang membiarkan kehebatan kuasa wang menguasai diri mereka. Kuasa wang
digunakan untuk menentang diri mereka sendiri.
Gunalah kekuatan cermin, mereka akan mulai berfikir, “Apakah ini boleh diterima?” Selalunya, daripada mempercayai kebijaksanaan batin mereka, atau kepintaran diri mereka sendiri, kebanyakan orang masih terikut dengan pendapat orang ramai. Mereka berbuat sesuatu kerana semua orang melakukannya. Mereka akur lebih dari bertanya. Selalunya, tanpa berfikir panjang mereka mengulangi apa yang diberitahu kepada mereka. Idea-idea seperti “rumah kamu ialah sebuah aset”. “Rumah kamu adalah pelaburan kamu terbesar.” “Cukai kamu akan dipotong jika kamu membuat lebih banyak hutang” “Carilah pekerjaan selamat.” “Jangan membuat kesilapan.” “Jangan ambil risiko.”
Dikatakan bahawa rasa takut berucap di khalayak ramai adalah lebih besar daripada kematian bagi kebanyakan orang. Menurut psikiatris, ketakutan berucap di khalayak ramai timbul kerana rasa takut dipulau, takut menonjol, takut dikritik, takut ditertawakan, takut tersingkir. Takut menjadi berbeza menghalang banyak orang untuk mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah mereka.
Orang Jepun paling menghargai kekuatan cermin, kerana hanya dengan kita sebagai manusia memandang ke dalam cerminlah, kita benar-benar menemui kebenaran. Dan alasan utama kebanyakan orang mengatakan “Buatlah secara selamat” adalah kerana perasaan takut. Ianya berlaku dalam semua perkara, dalam sukan, perhubungan, kerjaya dan wang.
Ketakutan yang sama, takut dipulau menyebabkan orang akur dan tidak mempersoalkan pendapat umum atau trend yang popular. “Rumah kamu adalah sebuah aset.” “Dapatkan pinjaman bill consolidation dan bebas dari hutang.”
“Bekerjalah lebih keras.” “Ini adalah kenaikan pangkat.” “Bila gaji saya naik, saya akan membeli rumah yang lebih besar untuk keluarga kita.”
Banyak masalah besar kewangan disebabkan kita terikut pandangan umum dan cuba duduk setaraf keluarga Datuk-datuk. Terkadang, kita semua perlu bercermin dan bersikap jujur pada kebijaksanaan batin kita berbanding perasaan
takut kita.

critical-thinking-skills

CyberXpress Wordpress Theme